ip information

Friday, July 18, 2008

Gambar kenangan di IPTHO 2008



GAMBAR KENANGAN PESERTA KURSUS PEMBESTARIAN SEKOLAH KOHORT 2 SESI 2008

Sistem Sokongan dan Pemantauan Program Pembestarian Sekolah

Sistem Sokongan dan Pemantauan Program Pembestarian Sekolah
Sistem sokongan dan pemantauan sangat penting untuk memastikan pelaksanaan dan pembudayaan sekolah bestari direalisasikan. Peserta diberi tempoh 4 minggu selepas tamat latihan di Institusi untuk membestarikan P&P di masing-masing. Pemantauan dan lawatan untuk membantu guru-guru di sekolah oleh Fasilitator terlibat akan diadakan sebanyak 2 kali dalam masa 4 minggu program sokongan dijalankan.

Sistem Sokongan Program sokongan ini bertujuan untuk membantu guru-guru KDP 4 minggu yang telah tamat latihannya di Institusi dan pusat latihan berkenaan membestarikan sekolah masing-masing.

Objektif

i. memantapkan kemahiran pengintegrasian elemen-elemen pembelajaran bestari
ii. merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bestari.
iii. mengaplikasikan sumber pengajaran dan pembelajaran bestari secara berkesan.
iv. memberi bimbingan untuk melaksanakan latihan dalaman kepada rakan sekerja.
v. Membudayakan pengajaran dan pembelajaran bestari secara lestari/berkesan.

Cadangan Program Bimbingan Pihak Institusi
1. Fasilitator membuat lawatan tidak lebih (2)dua kali untuk membimbing guru KDP iaitu, pada minggu ke-2 dan minggu ke-4.

Saranan aktiviti ialah:

a. RPH dan P & P - Pencerapan klinikal – pra, semasa dan pasca. Guru berbincang dengan fasilitator tentang RPH yang diambil dari folio yang telah disediakan semasa latihan untuk
diguna semasa sesi P&P dengan pelajar masing-masing. Fasilitator dan guru hendaklah
berbincang dan memaklum kepada fasilitator untuk penetapan masa dan hari untuk sesi P&P
di sekolah.
b.pendokumentasian perancangan dan pelaksanaan Program Bestari (FOLIO – Pakej P&P Bestari -RPH)
c. memberi input dan ceramah
d. membimbing pemantapan penggunaan software multimedia yang dibekalkan

2. Menjalinkan hubungan yang berterusan melalui email, telefon, sms, surat-menyurat dan forum di Portal Bestari IPG masing.

3. Menerima laporan kemajuan pembestarian sekolah daripada peserta melalui fasilitator untuk diserahkan kepada Penyelaras(Lampiran E1)

4. Memaklumkan sekiranya terdapat sebarang maklumat terkini berkenaan perancangan pihak kerajaan terhadap sekolah bestari. Pemantauan berhasrat mendapatkan maklumat tentang pembudayaan pembestarian sekolah guru-guru KDP. Analisis pemantauan projek sekolah bestari perlu untuk makluman bersama Institusi, sekolah dan JPN supaya tindak susulan dan tindakan penambahbaikan yang berterusan dapat dijalankan. Pemantauan boleh dilaksanakan dengan menggunakan Borang Lampiran E1.

CADANGAN TUGASAN PENGENDALIAN LATIHAN DALAMAN
1. Berjumpa dan bincang dengan Pengetua / Guru Besar untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan bagi mengendalikan Latihan Dalaman Program Sekolah Bestari di sekolah anda.
2. Bentuk Jawatankuasa Pelaksana untuk latihan tersebut.
3. Adakan mesyuarat dengan AJK yang dibentuk untuk menyediakan draf plan tindakan dan jadual pelaksanaan program tersebut.
4. Boleh mendapatkan bantuan daripada pihak Institusi jika perlu.
5. Bukti pelaksanaan Program Latihan Dalaman akan dibuat pemantauan oleh pihak Institusi menggunakan borang Lampiran E2.
6. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian untuk membina plan tindakan antaranya;
· kandungan latihan dalaman
· jangka masa latihan
· jadual latihan
· rangka kerja / jadual kerja
· peralatan
· tenaga pengajar
· sasaran